• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inilah Pelajar M’sia Pertama Selfie Di Majlis Graduasi UK

oleh AK-47
21/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA di UiTM, selfie sewaktu di pentas graduasi adalah dikira menyalahi peraturan dan dianggap tidak menghormati etika majlis konvokesyen.

Malah penuntut yang melakukan kesalahan tersebut, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 dikatakan bakal digantung diplomanya untuk tempoh setahun atau lebih selepas tindakannya itu dianggap telah memalukan pihak universiti.

Tapi sebaliknya di United Kingdom (UK), seorang pelajar Malaysia bernama Badrul Hisham rupa-rupanya telah pun terlebih dahulu melakukan aksi selfie sewaktu menerima skrol di majlis graduasinya pada tahun lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=HioX7P_6-4c&feature=youtu.be

Malah bukan setakat selfie, dia juga menari di atas pentas dengan memakai baju Melayu!

Di luar negara selfie sewaktu konvokesyen sememangnya perkara biasa, jadi tak hairanlah Hisham yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Sheffield ikut melakukannya.

badrul2

Hisham yang kini telah menamatkan pengajian merupakan penulis buku ‘Advantura Pulang Ke Malaya’ yang mengisahkan pengalaman menarik dilaluinya sepanjang berkayuh dari UK ke Malaysia.

IMG-20150315-WA0096-300x300 (1)

Menerusi Facebooknya Hisham berkata, jika dia melakukan aksi selfie tersebut ketika berada di Malaysia, maka sudah pasti sijil ijazahnya bakal digantung.

tadaaaaa

“First in England!! Seb baik aku tak masuk Uni kat Malaysia. Kalau tak confirm kena buang negara.. Scroll Master mechanical pon akan kena buang.. haha. Still I am the first in England (Maybe Europe) to Dance+ Selfie with the Chancellor grin emoticon. What a Beautiful day”

Aksi selfie daripada Hisham telah membuatkan suasana majlis konvokesyen bertambah meriah malah ramai Dekan yang berada di atas pentas tersenyum melihat aksinya.

Berbalik kepada isu selfie sewaktu majlis graduasi, wajarkah hukuman menggantung pengajian diberikan kepada penuntut terbabit?

Bagi kami, tindakan pihak UiTM yang ingin menggantung pengajian sebagai hukuman adalah terlalu melampau.

Ramai mengatakan sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen diberi hukuman sebegitu serius.

Bayangkan.. kes ‘pedofilia’ hampir diberikan peluang kedua tapi selfie semasa konvo dikenakan hukuman seakan menyebabkan ‘UITM terbakar pula’!

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook The University of Sheffield Graduation Handshake

Oleh: hzq

Tags: konvokesyenselfieUiTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd