• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Mat Rempit Bertempur.. 9 Maut, 18 Cedera

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Texas – Tembak menembak antara geng motosikal di sebuah restoran popular di bandar ini pada Ahad menyebabkan sembilan maut manakala 18 lagi cedera, kata jurucakap polis.

Pertempuran itu berlaku di restoran Twin Peaks Sports Bar and Grill, membabitkan sekurang-kurangnya tiga geng motosikal ketika restoran itu penuh dengan pengunjung yang menikmati hidangan tengah hari.

Sarjan W Patrick Swanton dari Balai Polis Waco berkata lapan orang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di hospital.

Semua mereka adalah ahli geng motosikal. Seramai 18 orang lagi cedera akibat terkena tembakan dan tikaman senjata.

“Masih ada mayat di kawasan parkir Twin Peaks dan bangunan bersebelahan,” katanya. Gambar di tempat kejadian menunjukkan berpuluh-puluh motosikal diparkir di suatu kawasan.

Kelihatan sekurang-kurangnya tiga orang yang memakai jaket penunggang motosikal terbaring di tanah, sementara polis dan beberapa orang lain yang dipercayai adalah geng motosikal turut kelihatan di kawasan itu.

Swanton berkata, polis memang maklum akan ada tiga kumpulan motosikal berkumpul di restoran itu dan sekurang-kurangnya 12 pegawai polis Waco serta pasukan sukarela berada di restoran ketika pergaduhan itu berlaku.

Ketika tembak menembak berlaku di restoran dan kemudian merebak keluar, geng motosikal yang bersenjata ditembak oleh pegawai polis, kata Swanton sambil menambah tindakan itu mengelakkan lebih ramai terbunuh.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada sembilan yang terbunuh disebabkan ditembak pegawai polis.

Belum dapat dipastikan juga punca keganasan itu tercetus tetapi Swanton dan Peguam Daerah McLennan, Abel Reyna berkata ketegangan sudah berlanjutan sejak beberapa lama antara geng motosikal di kawasan itu.

“Nampaknya pengurusan (Twin Peaks) membenarkan mereka di situ, jadi kami tidak boleh buat apa-apa,” kata Swanton. Cubaan menghubungi pengurusan Twin Peaks bagaimanapun gagal.

Pergaduhan dalam restoran bermula dengan tumbuk menumbuk sebelum merebak kepada serangan menggunakan rantai besi dan pisau sebelum membabitkan penggunaan senjata api.

Swanton berkata, tiga ahli geng motosikal yang bersenjata turut ditahan ketika mereka cuba masuk ke kawasan tembak menembak itu untuk membantu rakan mereka.

Pihak berkuasa dengan dibantu pasukan persekutuan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu.

– AP/BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=-T3Buc94gRk

Tags: kes gaduhmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd