• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Patut Bertanggungjawab Selesai Isu Rohingya

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Myanmar seharusnya mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu etnik Rohingya di peringkat dalaman negara itu.

Beliau berkata perkara itu perlu supaya negara ASEAN lain tidak menanggung beban dengan masalah pendatang asing tanpa izin Rohingya di negara masing-masing.

“Apakah tanggungjawab kerajaan Myanmar … tiadakah sifat kemanusiaan untuk mereka selesaikan perkara ini secara dalaman.

“Akhirnya beban itu terpaksa ditanggung oleh negara ASEAN yang berjiran dengan Myanmar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media DRB-Hicom Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge, di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian Malaysia terhadap isu etnik Rohingya di Malaysia.

Katanya kerajaan memandang serius isu pendatang asing Rohingya di Malaysia dan berikutan itu Kabinet telah memutuskan supaya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan perbincangan dengan negara-negara berkaitan termasuk Myanmar, Indonesia dan Thailand bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

“Ini isu yang besar bagi kita sebab babitkan soal keselamatan negara dan kemanusiaan … Kabinet telah bincang isu ini secara serius dan kita telah memutuskan supaya Menteri Luar Malaysia, Indonesia dan Thailand berhubung dengan Myanmar bincang soal ini.

“Kita mahu kedatangan mereka (Rohingya) ini dapat dikawal kerana ia menjadi beban besar kepada negara sebab dimaklumkan ribuan yang datang ke sini (Malaysia). Ini sepatutnya tanggungjawab UNCHR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian) tetapi nampaknya (tanggungjawab) tidak begitu berkesan,” katanya.

Muhyiddin berkata sekiranya perkara itu tidak dapat ditangani, kerajaan khuatir akan berlaku kebanjiran pendatang asing Rohingya sekaligus memberi kesan yang tidak baik kepada negara.

“Kita tidak mahu memberi isyarat yang tidak betul kepada kumpulan ini, sekiranya mereka diberi layanan dan diberikan apa yang sepatutnya, kita bimbang akan ada ratusan ribu yang akan datang berhijrah ke sini (Malaysia),” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan sebanyak 1,158 pendatang asing Bangladesh dan Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita mendarat dengan bot di Langkawi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd