SEMALAM merupakan penampilan terakhir Steven Gerrard bersama pasukan Liverpool yang diwakilinya sejak 17 tahun lalu.
Gerrard selepas ini dilaporkan akan menyertai pasukan LA Galaxy bermula Julai nanti.
Walaupun tewas 3-1 di tangan Crystal Palace semalam, namun itu tidak mematahkan semangat Gerrard untuk menunjukkan sokongan dan mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong The Reds yang sekian lama menyokong kerjayanya selama ini.
Yang menariknya, pemain-pemain Liverpool turut menyarung jersi nombor 8 milik Gerrard yang turut tercatat nama pemain lagenda kelab tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN
https://www.youtube.com/watch?t=23&v=GYrtL6KJxrQ


