• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Marah Pengadil, Penyokong T’ganu Jahanamkan Stadium

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA- GARA tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, penyokong Terengganu bertindak ganas merusuh di dalam dan luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Susulan itu pihak Polis Simpanan persekutuan (FRU) telah dikerahkan mengawal keadaan tetapi kira-kira 500 orang penyokong Terengganu dikatakan bertindak membaling batu ke arah mereka.

11219680_1068076526555388_9175036612259702184_n

Pintu masuk utama di stadium berkenaan pecah, sebahagian besar tempat duduk rosak, empat anggota polis cedera sementara lima kenderaan rosak termasuk sebuah ambulans turut dibakar.

satidum

stadium

STADIUM2

1234

Mereka dikatakan bertindak demikian sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.

Pada pertemuan itu, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada m21 dan m45 dan Norshahrul Idlan Talaha di m59.

Tapi, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.

Difahamkan, insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Sehingga 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan terperangkap dalam kawasan stadium.

Pada 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.

Anggota FRU turut mengeluarkan arahan untuk bersurai menyebabkan penyokong beredar meninggalkan stadium.

Hampir 26 orang yang disyaki terlibat dalam tragedi di Stadium Sultan Mizan semalam dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan. Gambar: Facebook Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Terengganu
Hampir 26 orang yang disyaki terlibat dalam tragedi di Stadium Sultan Mizan semalam dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan. Gambar: Facebook Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Terengganu

Namun, masih ada yang berdegil dan mencabar pihak berkuasa dengan mengejek dan mempamerkan isyarat lucah. - MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: Piala FATerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd