• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penyanyi Kumpulan Slam, Zamani Semakin Pulih

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers, di sini, semakin pulih.

Zamani, 44, yang telah menjalani pemulihan selama tiga bulan berkata beratnya yang sebelum ini 45 kilogram meningkat sebanyak 11 kilogram dan program pemulihan di pusat itu menjadikannya lebih positif dari segi mental dan fizikal.

“Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok.

Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang… itu yang paling saya bersyukur,” katanya pada sidang media bagi memaklumkan perkembangan terkininya.

Beliau turut memaklumkan tempoh beliau berada di pusat berkenaan belum diketahui kerana ia bergantung kepada penilaian pihak pengurusan.

“Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah)… dan saya berazam untuk berubah bagaimanapun saya masih perlu meneruskan rawatan ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya termasuk penyanyi Datuk Jamal Abdillah dan vokalis OAG Mohd Radhi Razali yang memberi sokongan moral kepadanya.

Zamani yang turut mengakui kesilapannya kerana terjebak dalam penyalahgunaan dadah turut memohon maaf kepada peminatnya kerana tindakannya itu mengecewakan mereka.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Pengasih Datuk Mohd Yunus Pathi, Jamal Abdillah, Radhi OAG, abang Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim dan peguam kepada Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Sementara itu, Mohd Yunus berkata Zamani menunjukkan perubahan yang memberangsangkan dan pihaknya sedang berusaha untuk membantu beliau pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat bagi meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

Zamani Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Zamani (Slam) dan pembantu peribadinya, Nur Juliana Abdul Rani, masing-masing didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Jan lepas. – BERNAMA

Tags: zamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamani Akhirnya Bersanding Atas Pelamin

02/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di atas pelamin pada usia menghampiri 50 tahun....

Zamani Selamat Menamatkan Zaman Bujang

22/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd