• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adanya Ketua Menteri Hasil Jasa Guru – Idris Haron

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata seorang ketua menteri tidak mungkin dapat mentadbir negeri dan menjalankan amanahnya kepada rakyat dengan baik tanpa jasa insan bergelar guru.

Malah, katanya guru turut berperanan besar dalam melahirkan rakyat termasuk perdana menteri, menteri, doktor dan peguam yang nyata cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Jasa cikgu amat tinggi nilainya terutamanya dalam struktur masyarakat kita. Cikgu yang mendidik, mengasuh dan membentuk diri kita sehingga kita menjadi seorang insan yang berguna untuk rakyat dan negara.

“Bagi saya, semua cikgu saya adalah istimewa, tiada satu atau beberapa yang istimewa kerana jasa mereka semualah membentuk saya menjadi seorang pemimpin untuk menjalankan amanah rakyat Melaka dengan sebaik-baiknya,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Rivero di sini, yang mempunyai 33 bilik di premis rumah kedai bernilai RM1.7 juta di Taman Lagenda di sini.

Idris berkata dengan jasa yang dicurahkan dalam membentuk rakyat Malaysia supaya menjadi insan yang berguna, seseorang guru tidak meminta segunung emas sebagai balasannya walaupun jasa mereka lebih bernilai daripada itu.

Justeru itu, katanya generasi muda masa kini perlu menghargai jasa guru dan mendengar nasihat mereka jika mahu menjadi isan yang berjaya kelak.

Beliau turut menyampaikan pantun ‘Guru Oh Guru’ nukilan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang untuk dihayati generasi muda masa kini pada majlis itu.

“Saya, keluarga, kerajaan negeri serta seluruh rakyat Melaka mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu di seluruh Malaysia atas jasa mereka mendidik kita, terima kasih cikgu,” kata Idris. – BERNAMA

Tags: GuruIdris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd