• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Tubuh Jawatankuasa Kaji Kesan GST Terhadap Rakyat

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gerakan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap rakyat, kata presidennya Datuk Mah Siew Keong.

Beliau berkata jawatankuasa itu, yang diketuai setiausaha agung parti Datuk Liang Teck Meng, juga disertai lima anggota lain yang mempunyai kepakaran berhubung isu itu.

“Jawatankuasa ini akan mengumpul data mengenai GST dan kesannya terhadap rakyat dan akan mengemukakan memorandum serta kertas kerja mengenainya kepada kerajaan.

“Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas mengenai isu GST, dan mengambil langkah untuk mengurangkan beban rakyat. Oleh itu, Gerakan berpendapat kami patut menyumbang kepada usaha kerajaan itu dan kami memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di sini, hari ini.

Mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mah berkata beliau berharap Ketua Audit Negara dapat menyiapkan laporannya tentang perkara itu dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjelang bulan depan supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Gerakan berharap laporan itu dapat dimuktamadkan dengan secepat mungkin supaya kita dapat melangkah ke hadapan dan meninggalkan segala spekulasi serta fakta tidak tepat (mengenai 1MDB),” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa itu akan memulakan siasatannya terhadap 1MDB pada Isnin dengan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.

Pada 26 Mei pula, PAC akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, yang menyandang jawatan itu dari Mac 2009 hingga Mac 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Ketua Audit Negara melakukan audit terhadap urusan 1MDB dan mengemukakan laporan mengenainya kepada PAC selain berjanji, sekiranya terdapat sebarang penyelewengan, tindakan akan diambil tanpa mengira siapa yang melakukannya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd