• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Padu UMNO Johor Peringatan Selesaikan Isu Rakyat

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sokongan padu diberikan UMNO Johor terhadap kepimpinannya dilihat sebagai peringatan untuk beliau terus menyelesaikan isu rakyat dan negara secara berhemah dan bijaksana.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata beliau melihat sokongan diberikan UMNO Johor bukan sokongan yang berbentuk membawa rebah tetapi memberi keyakinan kepada pucuk kepimpinan.

“Kadang-kadang ada sokongan yang merebahkan tetapi sokongan orang Johor memberikan peringatan kepada saya mengenai maklum balas isu yang perlu diselesaikan.

“Orang Johor kata cuba selesaikan (isu) dalam jangka masa terdekat supaya sokongan rakyat bertambah dan Insya-Allah, kita akan menang sekali (pilihan raya umum ke-14 nanti),” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata selain Sabah, UMNO Johor juga sentiasa memberi sokongan berdasarkan permuafakatan anggota parti dan kesetiaan kepada kepimpinan tertinggi parti, menyebabkan ia terus menjadi tulang belakang kepada negara dari segi politik.

“Saya anggap sokongan ini memberi keyakinan kepada kepimpinan … kita tengok lipatan sejarah, setiap kepimpinan tidak sunyi dengan cabaran besar yang mesti diselesaikan.

“Namun,penyelesaian hendaklah mengikut kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin mdan diberi sokongan, baru sebarang krisis mampu ditangani,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan yang beliau sebagai pemimpin yang bertindak sebagai ‘nakhoda bahtera’ negara, tidak akan bertukar haluan meskipun dilanda ‘taufan’.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya menegaskan UMNO Johor sentiasa bersama-sama Perdana Menteri dalam mengharungi pelbagai kemelut dan cabaran yang timbul ketika ini.

“Saya mewakili UMNO Johor mengambil kesempatan untuk memberitahu dalam mesyuarat (Badan Perhubungan) semalam, kami menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semoga sokongan ini menjadi kekuatan kepada beliau (Najib) untuk berhadapan dan menyelesaikan pelbagai isu yang sedang dihadapi negara,” kata Mohamed Khaled yang merupakan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Turut sama menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Najib ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ketika berucap pada majlis yang sama, beliau berkata kunci kepada penyelesaian setiap masalah adalah perpaduan dalam kalangan anggota UMNO serta kesetiaan mereka kepada kepimpinan parti.

Tanpa formula yang mujarab itu, pemimpin tidak akan dapat memajukan negeri atau negara dek kerana tiada kestabilan, kata Abdul Rahman, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Setiausaha Barisan Nasional Sabah.

“Saya mengambil contoh, pada tahun 1990-an keadaan politik di Sabah sedang bergelora … politik Bumiputera berpecah-belah, suara kami tidak bersatu.

“Tetapi sebaik UMNO masuk dan membawa formula agar sentiasa bersatu serta setia kepada kepimpinan parti, perpaduan Sabah akhirnya dapat distabilkan dan daripada perpaduan itu, Sabah kuat dan terus menjadi tulang belakang Barisan Nasional,” jelas Abdul Rahman.

Semalam, Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan UMNO Johor yang berlangsung lebih dua jam.

Perjumpaan itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dua anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Aziz Kaprawi dan Datuk Razali Ibrahim. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd