• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Luxembourg Pemimpin Ke-2 Di Dunia Kahwin Gay

oleh
21/02/2018
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUXEMBOURG- Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel pada Jumaat selamat mengahwini pasangan gaynya sekali gus menjadi pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pertama menjalani perkahwinan sesama jenis.

Bettel, berusia 20 tahun, ialah seorang ahli politik berhaluan kanan-tengah, mula menjadi perdana menteri sebuah negara kecil pemerintahan beraja berperlembagaan Katholik di tengah benua Eropah itu pada 2013 lalu.

Beliau berkahwin dengan pasangannya, Gauthier Destenay, seorang arkitek warga Belgium, beberapa bulan setelah dewan parlimen negara konservatif tersebut akhirnya meluluskan undang-undang perkahwinan gay.

Majlis perkahwinan berlangsung di dewan kota Luxembourg itu tertutup kepada pihak media disusuli pesta peribadi sehingga Ahad ini yang dihadiri sekitar 500 tetamu termasuk Perdana Menteri Belgium, Charles Michel.

Selain menjadi pemimpin EU yang pertama berkahwin pasangan gaynya, Bettel adalah pemimpin kedua di dunia setelah Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir yang mengahwini pasangan sesama jenis pada 2010.

Sehari menjelang upacara perkahwinannya dengan Destenay, Bettel dalam wawancara dengan stesen penyiaran awam RTBF dari Belgium menjelaskan, beliau tidak ingin menyembunyikan orientasi nafsu seksualnya.

“Saya boleh sembunyikan perkara ini dan menjalani hidup tidak bahagia selama-lamanya. Saya boleh menjalin hubungan dengan seorang wanita sekali gus menjalin hubungan homoseksual secara rahsia,” kata Bettel.

“Namun, saya katakan kepada diri saya sendiri bahawa jika saya ingin menjadi seorang politikus yang jujur, maka saya harus mula dengan jujur kepada diri saya sendiri dan menerima diri saya apa seadanya,” tambah beliau.

Parlimen Luxembourg mengesahkan secara legal perkahwinan sesama jenis kelamin pada Jun 2014 lalu dan perkahwinan gay yang pertama negera itu sudah dilaksanakan pada 1 Januari 2015. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: BelgiumgayKesatuan EropahLuxembourgperkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

21/03/2024
0

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd