• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua VAT69 Cadangkan Pemantauan Udara

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua pasukan komando VAT69 mencadangkan supaya pemantauan udara dilakukan ke atas kawasan tempur di perkampungan air Simunul, Semporna di mana beberapa anggota polis terperangkap, Mahkamah Tinggi diberitahu, hari ini.

Asisten Superintenden Shaiful Azmi Omar berkata rancangan operasi lebih baik diperlukan bagi menyelamat anggota polis berkenaan, yang terperangkap di Kampung Sri Jaya, Simunul semasa melakukan serbuan untuk menangkap seorang suspek yang dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu ketika serang hendap berlaku pada petang 2 Mac tahun lepas.

Beliau berkata Deputi Superitenden Hisham Mahmood dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, yang dilantik mengetui operasi menyelamat itu, dan sukarelawan polis Semporna Konstable Thanyman A/L Antonysamy menaiki sebuah helikopter untuk melakukan pemantauan udara ke atas kampung itu pada 9.30 pagi, 3 Mac tahun lepas.

“Lebih kurang 11.30 pagi, Deputi Superitenden Hisham menyampaikan taklimat mengenai operasi penyelamatan kepada anggota-anggota VAT69 dan kami diberitahu operasi akan dimulakan pada jam 2 petang pada hari sama,” katanya.

Shaiful Azmi berkata beliau, Hisham, Thanyman dan seorang lagi ketua pasukan VAT69 Asisten Superintenden Andrew Gani Ak Jimmy dan 49 anggota VAT69 tiba di sebuah kawasan terbuka berdekatan Kampung Sri Jaya pada kira-kira 2 petang di mana mereka bersatu dengan pasukan sokongan merangkumi anggota dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am dan Batalion 22 regimen Askar Melayu Diraja.

“Lebih kurang pukul 2.15 petang, Deputi Superitenden Hisham mengarahkan pasukan saya dan pasukan Andrew Gani untuk memulakan operasi penyelamatan yang mana pasukan saya memulakan operasi ‘flushing’ (dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada penceroboh bersenjata yang boleh menjejaskan keselamatan pasukan penyelamatan ketika mencari anggota-anggota polis berkenaan) di rumah pertama dan selepas itu, pasukan Andrew Gani membuat ‘flushing’ di rumah kedua,” katanya.

Terdahulu, Andrew Gani berkata daripada semua senjata dan senjata api yang dirampas semasa operasi menyelamat di Kampung Sri Jaya, hanya dua sahaja yang mempunyai tanda.

Ditanya peguam Datuk N. Sivananthan apakah senjata itu, komando VAT69 berkata ia adalah selaras senapang M16 yang tertera perkataan ‘Made in the Philippines’ dan sebilah kapak.

Katanya beliau juga nampak tujuh mayat semasa operasi menyelamat itu, dengan lima daripadanya adalah mayat anggota polis.

Tiga puluh tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: SabahVAT69
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd