• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Kad Prabayar Dipastikan Dilaksana 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berasaskan penggunaan bagi perkhidmatan prabayar telefon dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, SKMM dan Kastam juga memastikan semua syarikat telekomunikasi mematuhi arahan kerajaan untuk melaksanakan kaedah itu seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Selain itu, pengauditan juga akan dilakukan bagi memastikan ketepatan nilai potongan GST berdasarkan nilai kredit yang telah digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kabinet bersetuju agar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Kerajaan juga bersetuju agar kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Menurut Ahmad Shabery, langkah itu kerana kerajaan berpandangan ia adalah lebih sesuai di mana kerajaan tidak akan mengenakan cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Halim berkata, SKMM turut akan memantau saranan Ahmad Shabery yang meminta syarikat telekomunikasi melaksanakan diskaun bagi perkhidmatan mereka untuk kumpulan sasar tertentu seperti golongan pelajar.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pihaknya akan mempergiat pemantauan ke atas pembangunan proses penukaran GST berasaskan penggunaan untuk tambah nilai prabayar itu.

Katanya, ia bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berjalan lancar dan telus serta mengelak kekeliruan yang akan timbul pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar akan diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga sistem ‘beli RM10 dapat RM10’ dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd