• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moral, Akhlak Perlu Jadi Urusan Utama Pendidikan Negara

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Pendidikan moral dan akhlak perlu menjadi urusan utama pendidikan negara dalam usaha melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan negara.

“Hal ini boleh direalisasikan sekiranya guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan kokurikulum,” katanya pada majlis perasmian sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan di sini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata soal akhlak dan keperibadian yang mulia amat ditekankan bukan sahaja oleh umat Islam, tetapi oleh semua agama dan kepercayaan.

Tanpa integriti, walaupun pada segelintir individu, ia boleh mendatangkan malapetaka yang besar kepada sesuatu industri, masyarakat dan negara, kata Muhyiddin.

Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia katanya, pendidikan akhlak dan moral mestilah menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan baik antara pelbagai kaum dan agama.

Menurutnya, tugas mendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam atau guru disiplin tetapi pada semua guru.

“Jika kita dapat menjadikan sekolah sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, guru memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul.

“Dalam keghairahan mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita.

“Bagi saya aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari,” katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Guru hari ini, Muhyiddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang bergelar guru di mana jua mereka berada.

Katanya, biarlah ungkapan keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ terus kekal meniti dibibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan hari ini bertemakan ‘Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’ turut dihadiri Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, timbalan menteri Mary Yap Kain Ching dan P.Kamalanathan serta pegawai tinggi Kementerian Pendidikan.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd