• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Setuju Tambah Baik Elaun Pengetua, Guru Besar

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar, katanya.

“Penambahbaikan ini dibuat kerana pengetua dan guru besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya pada majlis perasmian sambutan Hari Guru 2015 peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan, di sini.

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan persetujuan terhadap cadangan Kementerian Pendidikan untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar.

Beliau berharap insentif itu dapat mendorong pemimpin sekolah untuk terus meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan pelajar.

Prestasi pengetua dan guru besar akan sentiasa diukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi pengukur kesesuaian penyandang terus menduduki jawatan tersebut, katanya.

Muhyiddin juga mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menyeragamkan had umur pegawai awam untuk mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada 43 tahun di bawah Ijazah Sarjana kepada 45 tahun untuk PhD di bawah Hadiah Latihan Persekutuan.

Peningkatan had umur bagi pegawai awam mengikuti Ijazah Sarjana ini akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi, katanya.

Beliau berkata, peningkatan ilmu dalam kalangan PPP akan menjadi pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan efisien.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan Yayasan Guru Tun Hussein Onn akan membantu guru-guru mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian termasuk yang tidak layak mendapatkan biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur.

Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (Akta 763) telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan.

Yayasan itu juga, kata Muhyiddin akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang memerlukan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda.

“Memandangkan guru juga berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, maka Yayasan Guru Tun Hussein Onn juga menjadi harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan pembiayaan pengajian anak-anak guru yang terlibat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan dua Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Keluar Kerajaan Pusat Juga Sebab Anggap ‘KPT Lembap Macam Kura-Kura’

DAP Patut Keluar Kerajaan Pusat Juga Sebab Anggap ‘KPT Lembap Macam Kura-Kura’

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan DAP keluar daripada Kerajaan Melaka sebagai langkah yang...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd