SEKALI lagi Fish & Co. berkerjasama dengan pemenang MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob yang juga penaung kepada SukaSucre untuk menghasilkan menu ‘ajaib’ sempena bulan ramadhan yang akan datang.
Pada selasa lalu, Charmaine Tan, Pengarah Pemasaran di Fish & Co. dan Dato’ Fazley bersama-sama melancarkan bufet ramadhan dengan mencantumkan kepingan puzzle yang menandakan jalinan kerjasama di antara Fish & Co. dan SukaSucre.
Antara sajian menu yang dihidangkan dan wajib dicuba oleh pelanggan adalah Spaghetti Pomodoro, Seafood Pizza, Fried Calamari, Grilled Fish with Spicy Teriyaki Sauce, Grilled Peri-peri Chicken with Salmon, Captain Hook Fish Fillet, Golden Coral Fish Nuggets, Treasure Trove Chicken Nuggets dan banyak lagi.
Memang sedap dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, rugi kalau siapa tak cuba.
Bagi pencuci mulut atau pemanis mulut, Moist Chocolate Cake, Vanilla Cake, Profiteroles, and French Mini Macaroons khas oleh Dato’ Fazley pastinya tidak menghampakan.
Bufet Ramadhan di Fish & Co. ini hanya boleh didapati di cawangan Pavilion, KL bermula pada 22 Jun – 12 Julai 2015 dengan harga seperti yang tertera di dalam poster.
Selain itu, bagi pelanggan yang membuat tempahan awal dengan bayaran penuh 3 hari awal sebelum datang berbuka puasa di Fish & Co. akan mendapat harga promosi sebanyak RM52.95 sahaja.
Dalam majlis yang sama, Fish & Co. juga memperkenalkan Set Ramadhan Istimewa untuk dua orang berharga RM75.95 yang boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015.
Untuk tempahan, pelanggan boleh menghantar emel ke [email protected] atau hubungi 03-7887 8717. Tertakluk kepada terma & syarat.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian +60383280761 atau boleh lawati http://www.fish-co.com.my Juga boleh ikuti info terbaru Fish & Co. di Facebook Page http://www.facebook.com/FishNCoMY
– MYNEWSHUB.CC





