PELAKON yang popular dengan jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’, Lana Nodin selamat bergelar isteri kepada jejaka dari Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie sebentar tadi dengan sekali lafaz.
Pasangan merpati dua sejoli ini diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Restoran Kim Ma, Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof dan berwalikan bapa pengantin perempuan.

https://instagram.com/p/2r9PBVFFdF/?taken-by=lananodin
https://instagram.com/p/2r9S1SFFdL/?taken-by=lananodin
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin menerima mas kahwin AS$10,000 (RM32,000), sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran kepada Daud. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Dalam pada itu Lana dan suaminya, Daud meluahkan rasa syukur mereka setelah selamat disatukan.
“Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Agak berdebar juga tadi. Doakan hubungan kami kekal selama-lamanya,” kata Lana.
Majlis pernikahan disaksikan ahli keluarga kedua-dua pihak, rakan akrab dan wakil media.