Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

4 Renjer Maut Letupan...

BANGKOK - Empat renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan...

PU Syed Tidak Putus...

FENOMENA... Seakan-akan menjadi trend apabila netizen berlumba-lumba melemparkan kecaman menerusi komen yang dilayangkan...

Buru Hingga Ke Akar...

SEPANG - Dalang utama kegiatan mengatur keputusan perlawanan perlu ditangani dan dihukum bagi...

Gesa Masyarakat Antarabangsa Beri...

ANKARA - Sebuah kumpulan yang memperjuang hak asasi golongan minoriti Muslim Rohingya menyambut...

Lana Nodin Sah Bergelar Isteri Jurulatih Bola Tampar AS

PELAKON yang popular dengan jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’, Lana Nodin selamat bergelar isteri kepada jejaka dari Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie sebentar tadi dengan sekali lafaz.

Pasangan merpati dua sejoli ini diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Restoran Kim Ma, Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof dan berwalikan bapa pengantin perempuan.

d1 (2)


Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin menerima mas kahwin AS$10,000 (RM32,000), sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran kepada Daud. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Dalam pada itu Lana dan suaminya, Daud meluahkan rasa syukur mereka setelah selamat disatukan.

“Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Agak berdebar juga tadi. Doakan hubungan kami kekal selama-lamanya,” kata Lana.

Majlis pernikahan disaksikan ahli keluarga kedua-dua pihak, rakan akrab dan wakil media.

Antara selebriti yang hadir ialah Julia Ziegler, Sasha Saidin, Aishah Ilias, Sharifah Nadia, Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori