• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah Ziarah Beting Beras Basah

oleh Ahmad Albab
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berangkat ke Beting Beras Basah di sini bagi menjalani Istiadat Mencecah Kaki sekaligus menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Baginda tiba di Jeti Bagan Datoh pada kira-kira 6.45 pagi.

Ketibaan Sultan Nazrin Shah, yang lengkap berbaju Melayu coklat cair, disambut rakyat jelata yang menunggu sejak pukul 6 pagi dan baginda turut bersalaman dengan mereka.

Sejurus itu, bacaan doa dan selawat diperdengar sebelum baginda, yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Afifi Al-Akiti, menaiki sebuah bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut mengiringi perjalanan ke Beting Beras Basah ialah beberapa bot yang membawa anggota keselamatan, perubatan, petugas media serta Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik dan Raja Chik Muda Pawang Diraja Raja Rosli Raja Mohamad.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri merangkap anggota Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sejurus tiba di Beting Beras Basah pada 7.20 pagi, Sultan Nazrin Shah mencelup kaki dan membasuh muka bagi menandakan bahawa baginda selamat sampai di situ.

Selepas itu, doa dibaca oleh Afifi sebelum melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali diikuti beberapa orang Istana yang turut hadir.

Selesai menjalani upacara itu, baginda berkenan menjamu selera bersama rakyat di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh.

Beting Beras Basah adalah tempat persinggahan pertama Sultan Mudzaffar Shah sebaik tiba dari Kampar, Sumatera selepas dijemput untuk menjadi Sultan Perak pada tahun 1528.

Sultan Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak XXXV dan Tuanku Zara Salim dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak dalam satu istiadat penuh tradisi yang dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja pada 4 Mei, Tabal Adat pada 6 Mei diikuti Tabal Pusaka dan Bersiram Tabal pada 7 Mei.

Pada 8 Mei, baginda berdua memulakan Istiadat Menziarah Makam Diraja dan pemerintah Perak terdahulu.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV akan diakhiri dengan Istiadat Menutup Kerja di Istana Iskandariah pada 17 Mei ini.

Pertabalan Sultan Perak XXXV merangkumi enam istiadat utama iaitu Meletak Kerja, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarah Makam-makam Diraja, Mencecah Kaki di Beting Beras Basah dan Menutup Kerja, yang menonjolkan keunikan serta kekayaan adat Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi sejak 1528. – BERNAMA

Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu...

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd