• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Terperangkap Dalam Lombong Emas Di Colombia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 15 orang terperangkap apabila lombong emas tidak berlesen runtuh di barat Colombia, kata pihak berkuasa.

Anggota pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan mereka.

“Lombong emas itu runtuh selepas banjir berpunca daripada lubang yang dikorek untuk mengeluarkan emas. Sekurang-kurangnya 15 orang terperangkap,” kata wakil agensi kecemasan UNGRD, Luis Pineros.

“Kami dalam proses mencari dan menyelamat,” katanya.

Seramai 50 anggota penyelamat dan perubatan berada di tempat kejadian.

Insiden berlaku di kawasan penduduk asli di daerah Riosucio.

Komander Jabatan Polis Caldas, Luis Duarte berkata, sebahagian pelombong terperangkap pada kedalaman kira-kira 17 meter dan selebihnya pada 10 meter.

Sehubungan itu, Agensi Perlombongan Negara (ANM) berkata, anggota bomba melaporkan gas di dalam terowong lombong mungkin menyebabkan runtuhan.

Perniagaan meningkat sejak beberapa dekad lalu di kalangan pelombong haram apabila harga emas meningkat daripada AS$400 kepada hampir AS$1,200 seaun.

Berdasarkan perangkaan kerajaan, Colombia adalah pengeluar emas utama dengan hasil lebih 55,000 kilogram pada 2013. – AFP

https://youtu.be/qd0mk6_TJIk

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd