• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah Di Majlis Bersama Rakyat Di Teluk Intan

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat yang ketiga di Arena Square di sini Rabu malam, bersempena Istiadat Pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV.

Hampir 5,000 rakyat jelata pelbagai lapisan tiba seawal pukul 7.30 malam pada majlis ini bagi menyaksikan kehadiran pasangan diraja itu dari dekat.

Baginda berdua tiba pada majlis itu pada 9.20 malam dan meluangkan masa kira-kira lima minit bersalaman dengan rakyat jelata sebelum majlis bermula.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli mengiringi kedatangan pasangan diraja itu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan Negeri Perak dan bacaan doa.

Majlis diserikan dengan persembahan antaranya tarian tradisional daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang serta nyanyian daripada Gelombang Biru Tentera Laut Diraja Malaysia.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hilir Perak Zamari Mohd Ramli ketika berucap berkata seluruh rakyat jelata di Teluk Intan rasa gembira kerana berkesempatan menzahirkan rasa kasih sayang kepada Sultan dan Permaisuri yang menaungi Perak Darul Ridzuan.

“Pohon ke hadrat Ilahi Paduka Baginda Tuanku agar panjang usia dan sihat sentiasa. Patik juga ingin menzahirkan ucapan tahniah dan taat setia kepada Tuanku Zara atas kurniaan gelaran Raja Permaisuri Perak,” katanya.

Esok, Sultan Nazrin Shah dijadual berangkat ke Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah di Bagan Datoh dengan menaiki Balai Gambang bernama ‘Cempaka Sari’.

Manakala Tuanku Zara dijadualkan berangkat melawat ke Rumah Kebajikan Bethamy Home di Hutan Melintang.

Sejurus selepas itu, Baginda berdua akan berangkat balik ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi Majlis Sembah Tahniah kepada pasangan diraja itu.

Sultan Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak XXXV pada satu istiadat penuh tradisi yang dimulakan dengan Istiadat Tabal Adat pada Rabu lepas, diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal.

Bermula Jumaat lepas (8 Mei), pasangan diraja itu memulakan Istiadat Menziarah Makam Diraja dan pemerintah Perak terdahulu.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV akan diakhiri dengan Istiadat Menutup Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah pada 17 Mei ini.

Pertabalan Sultan Perak XXXV merangkumi enam istiadat utama iaitu Meletak Kerja, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarah Makam-makam Diraja, Mencecah Kaki di Beting Beras Basah dan Menutup Kerja, yang menonjolkan keunikan serta kekayaan adat Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi sejak 1528. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Melaka Umum Jadi Pembangkang

PH Melaka Umum Jadi Pembangkang

14/07/2026
0

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan gabungan politik itu bukan lagi sebahagian daripada kerajaan negeri Melaka. Pengerusi DAP Melaka,...

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial dan pengulas politik pro Pakatan Harapan (PH), Ahmad Faizuddin mendakwa orang Melayu lebih takut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd