• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Guru: Muhyiddin Cadang Ujian Psikometrik

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencadangkan ujian psikometrik sebagai satu daripada syarat untuk pelantikan guru baharu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, cadangan syarat baharu itu ialah bagi memastikan golongan pendidik yang lebih berkualiti bukan sahaja memiliki keputusan cemerlang dalam pendidikan peringkat ijazah pertama tetapi aspek spiritual yang sihat dan positif.

“Saya ingin menyarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengadakan penilaian sahsiah diri melalui ujian psikometrik kepada semua graduan perguruan sebagai satu tapisan permulaan proses pelantikan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2015 di sini malam ini.

Muhyiddin berkata, sebelum ini kemasukan untuk program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diperketatkan dengan calon perlu mendapat keputusan lima cemerlang dalam peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak dipanggil menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan tujuh cemerlang untuk mengikuti Program Pelajar Cemerlang (PPC).

Beliau berkata, dengan adanya syarat baharu tersebut calon PISMP dan PPC menamatkan pengajian dengan displin ilmu yang tinggi melibatkan aspek fizikal dan spiritual.

Beliau berkata, mulai tahun lepas sebagai mengiktiraf PISMP cemerlang yang mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 ke atas, tiada proses temu duga untuk pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

“Hanya calon-calon yang memperoleh PNGK di bawah 3.5 dan opsyen pengajaran diperlukan Kementerian Pendidikan akan dipanggil temu duga untuk pelantikan tetap PPP,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu tenaga pengajar dari Sarawak ditambah bagi menampung kekurangan di politeknik dan kolej komuniti.

“Saya berharap jumlah pengajar dari Sarawak untuk politeknik dan kolej komuniti di negeri ini ditambah,” katanya.

Teks ucapan Adenan dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu. – BERNAMA

Tags: Guru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd