• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Terperinci Kematian Pelajar Kolej Di Bachok

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mahu siasatan terperinci dilakukan berhubung kes kematian seorang pelajar kolej di Bachok semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Datuk Fadzli Hassan berkata tindakan itu penting kerana masyarakat meletakkan kepercayaan yang tinggi berkaitan keselamatan anak masing-masing di tempat belajar.

“Kita minta pihak asrama, pihak Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan mengambil serius tentang akhlak dan disiplin pelajar yang ada di asrama.

“Ambil tindakan tegas kepada mana-mana pelajar yang menunjukkan masalah disiplin di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

[Pelajar Tingkatan Empat Maut Ditendang Pelajar Senior] 

Fadzli berkata sebelum ini terdapat beberapa kes buli yang dilaporkan di sekolah tetapi kes yang telah mengorbankan nyawa seorang pelajar semalam adalah sesuatu yang serius dan perlu segera ditangani oleh semua pihak.

“Saya berasa amat sedih dengan kejadian yang menimpa pelajar terbabit. Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa,” katanya.

Beliau diminta mengulas kes kematian seorang pelajar sebuah kolej di Bachok semalam selepas dipercayai dipukul oleh seorang pelajar senior dalam asrama.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa Mohamad Nur Akram Zime, 16, dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang berusia 17 tahun yang memukul mangsa dipercayai akibat salah faham.

Mohamad Nur Akram dikatakan tidak sedarkan diri dipercayai selepas disepak sebanyak dua kali oleh pelajar senior terbabit dan disahkan meninggal pada pukul 1.30 pagi semalam di sebuah klinik kesihatan di Bachok.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Berangan, Pasir Puteh semalam. – BERNAMA

Tags: mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd