• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Kaji Sama Ada Akan Serap GST PBT

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan membuat keputusan sama ada untuk menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata pihakya telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk melakukan kajian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

“Ini kerana Selangor merupakan sebuah negeri besar dan mempunyai 12 PBT yang majoritinya terletak di bandar-bandar besar jika dibandingkan dengan Pulau Pinang yang hanya ada dua PBT,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Luncheon Talk Ulasan Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Selangor akan mengikut langkah Johor dan Terengganu yang menyerap GST bagi semua PBT di negeri itu.

Katanya kerajaan negeri juga akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan bagi meminta pengecualian GST kepada PBT di Selangor.

Mengulas mengenai kemelut penstrukturan air di negeri itu, Mohamed Azmin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada minggu hadapan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan tempat pertemuan itu.

Mesyuarat untuk memuktamadkan cadangan pengambilalihan konsesi air daripada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh kerajaan negeri tertangguh sebanyak tiga kali – pertama pada 9 Feb, kemudian 9 Mac dan seterusnya 9 April.

Mohamed Azmin turut menyatakan pihaknya komited dalam memastikan Loji Rawatan Air Langat 2 siap mengikut jadual serta mahu pembinaan loji berkenaan mematuhi syarat dan ketetapan PBT. – BERNAMA

https://youtu.be/fSj4YbETSg4

Tags: Azmin AliGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd