• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susulan Kelab Myvi Rasa Dianiaya, GM1M Lapor Polis

oleh AK-47
15/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Susulan kes dua pemandu ahli kelab Familia Myvi (FMC) terlibat dengan kemalangan mengorbankan tiga sekeluarga di lebuhraya Duke pada 2 Mei lalu, beberapa pemilik kelab Myvi lain membuat laporan polis berikutan rasa teraniaya selepas terpalit dengan kes berkenaan.

Laporan dibuat oleh Gabungan Myvi Satu Malaysia (GM1M) yang terdiri daripada beberapa kelab Myvi iaitu Myvi X, Promote, GMC, YMC, MGC, SMC, DOMC, KMC, IMC, TMC, MCP, MYCC, MEMC, KLM, MLBG, MUC, MYVA, MB, MYVIC, PBFC, UMC, M11.50C dan AMC di Balai Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

“Kebanyakan kelab Myvi bukanlah kelab untuk berlumba di jalan raya, banyak lagi perkara positif yang kami lakukan.

3

“Apa yang kami risaukan ialah pemandu yang menggunakan kenderaan Myvi di serata Malaysia. Seperti sedia maklum terdapat lebih 830,000 pengguna kenderaan jenis Myvi di jalan raya, kes ini membuatkan beberapa pengguna Myvi turut menerima padah ekoran terpalit sama dengan kebencian orang ramai,” ujar wakil GM1M, Azman Mohd Anorwar.

Tambahnya, salah seorang mangsa termasuk waris mangsa kemalangan sendiri apabila cermin sisi Myvi mliknya dilanggar sehingga patah ketika berada di Bulatan Pahang.

Selain itu, laporan polis dibuat bagi menjelaskan bahawa FMC tidak ada kena mengena dengan Kelab Myvi 1Malaysia yang lain.

“Kami juga tidak berpuas hati dengan page Facebook palsu Familia Myvi Club Official dan Yana Myvi FMC Fans kerana menggunakan gambar ahli kelab Myvi lain yang tiada kena mengena dengan FMC di page tersebut,” katanya.

2
Azman (tengah) bersama ahli-ahli GM1M.

Selain itu, GM1M turut menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga mangsa kemalangan pada hari ini.

“Ahli-ahli dari GM1M sangat bersimpati dengan nasib dua beradik tersebut dan telah membuat kutipan amal sebagai sumbangan,” tambahnya.

Kemalangan yang berlaku pada awal pagi tiga minggu lalu di KM6.2 Lebuhraya DUKE arah Ulu Klang menghala Jalan Duta, menggemparkan seluruh negara apabila suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut selepas dilanggar dua kereta Myvi yang dipercayai sedang terbabit dalam perlumbaan haram.

Berikutan insiden ini, masyarakat menjadi berang terhadap FMC iaitu kelab kereta Myvi yang dianggotai dua pemandu yang bertanggung jawab melanggar kenderaan dinaiki mangsa dalam nahas tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

Wartawan/Foto: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=VNdz8H83kQo

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd