• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah, Tuanku Zara Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam, Kampung Gajah di sini malam tadi, yang diadakan bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Baginda berdua berangkat tiba pada majlis itu pada 9.10 malam dan meluangkan masa kira-kira 10 minit bersalaman dengan rakyat jelata sebelum majlis bermula.

Majlis dimulakan dengan nyanyian “Negaraku” dan bacaan doa selain diserikan dengan persembahan antaranya nyanyian koir daripada Badan Kesenian Tentera Laut Diraja Malaysia, paluan rebana daripada Pasukan Mukim Pulau Tiga Kampung Gajah, tarian gabus daripada pelajar Sekolah Rendah Seberang Perak, Kampung Gajah dan nasyid daripada pelajar Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah.

Kira-kira 3,000 rakyat jelata hadir pada majlis malam ini bagi meraikan kehadiran baginda berdua ke daerah ini. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sementara itu, Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika berucap berkata wakil pemimpin tempatan dan rakyat jelata rasa gembira dan bangga dengan kehadiran pasangan diraja ke daerah kecil Kampung Gajah. “Rakyat jelata khususnya gembira dan bersyukur atas pertabalan Tuanku pada 6 Mei lepas di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

“Patik dan rakyat jelata mengambil peluang keemasan untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Tuanku,” katanya.

Pada Rabu, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara dijadualkan berangkat menziarahi makam Almarhum Sultan Abdullah Mu’azzam Shah (Sultan ke-20) dan Sultan Ja’far Mu’azzam Shah (Sultan ke-23) serta menziarahi batu peringatan Raja Ahmad Waliullah (Raja Kecil Tengah).

Pasangan Diraja itu juga akan berangkat menaiki Balai Gambang bernama ‘Cempaka Sari’ menziarahi Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan ke-16), Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan ke-19), Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (Sultan ke-17), Sultan Shahabuddin Riayat Shah (Sultan ke-21) dan Sultan Iskandar Dzulkarnain (Sultan ke-15).

Sejurus selepas itu, Baginda berdua akan berangkat ke makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I iaitu Sultan yang ke-22. Sultan Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak XXXV pada satu istiadat penuh tradisi yang dimulakan dengan Istiadat Tabal Adat pada Rabu lepas, diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal.

Bermula Jumaat lepas (8 Mei) , pasangan diraja itu memulakan Istiadat Menziarah Makam Diraja dan pemerintah Perak terdahulu, sebelum melengkapkan Istiadat Pertabalan itu dengan Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah di Bagan Datoh pada 14 Mei ini.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV akan diakhiri dengan Istiadat Menutup Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah pada 17 Mei ini.

Pertabalan Sultan Perak XXXV merangkumi enam istiadat utama iaitu Meletak Kerja, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarah Makam-makam Diraja, Mencecah Kaki di Beting Beras Basah dan Menutup Kerja, yang menonjolkan keunikan serta kekayaan adat Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi sejak 1528. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd