• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat KPDNKK Kedah Keluar 36 Notis Sejak Perlaksanaan GST

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah telah mengeluarkan 36 notis kesalahan menjual barangan pada harga tidak munasabah sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April lepas, kata Pengarahnya Mohamad Fitri Hassan.

“Sebanyak 18,666 premis di sekitar Kedah telah diperiksa bermula 1 April hingga 10 Mei dan 36 notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Selasa.

Beliau juga berkata sebanyak 44 kes telah direkodkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kesemua 44 kes tersebut melibatkan sejumlah RM5,400 kompaun yang dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan dan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM2,701, katanya.

Pihaknya kata beliau, turut menerima sebanyak 452 aduan daripada orang ramai tetapi tiada kes yang melibatkan tindakan mahkamah dikenakan.

“Kita banyak menerima aduan melalui sistem e-Aduan dengan 294 aduan manakala aduan melalui panggilan telefon pula adalah sebanyak 113 aduan, manakala mereka yang datang sendiri membuat aduan adalah sebanyak 45 aduan,” katanya.

Mohamad Fitri berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengenakan harga yang tidak berpatutkan. – BERNAMA

Tags: GSTKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd