Semua tahu, penyanyi popular negara, Yuna pernah menerbitkan album bawah label syarikat milik produser terkemuka dunia, David Foster.
Album mini yang diberi juduh Sixth Street telah diterbitkan pada 2013 oleh Verve Music Group.
Dalam satu temubual bersama Foster, beliau turut memuji bakat yang dimiliki Yuna dan mengakui, gadis itu pernah mencuri tumpuannya kerana kebolehan yang dimiliki.
[Yuna Ada Apa-Apa Ke Dengan Adik Ashraf Sinclair?]
Namun, Foster menambah, Yuna masih belum bersedia menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa dan bakatnya masih perlu dipertingkatkan lagi.
“Kami pernah bekerjasama secara rapat dan saya akui dia penyanyi muda yang berpotensi besar di Asia. Namun, usaha Yuna masih tidak mencukupi untuk menjadikannya artis bertaraf antarabangsa,” katanya.
Ujar pemuzik itu lagi, andai Yuna terus berusaha mempamerkan kebolehannya, dia bakal mengharumkan nama negara seantero dunia.
“Dia penyanyi yang unik dan juga pemuzik serta pencipta lagu berbakat. Saya percaya apabila dia mempertingkatkan bakatnya nanti, dia bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga Asia di persada dunia.”
Semenjak beberapa tahun lalu, Yuna atau nama penuhnya, Yunalis Zarai, berhijrah ke Amerika Syarikat bagi mengembangkan bakat dan pengalamannya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU


