• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidil Zafuan Akui Tak Mampu Bayar Tuntutan Mutaah RM300 Ribu

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN bola sepak negara Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui bahawa beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah yang dikemukakan bekas isterinya, Rita Rudaini berjumlah RM300,000.

Ujarnya selaku defendan, dia mempunyai banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung, terutama selepas mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainol dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Memetik laporan Sinar Harian, “Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti dan keperluan sendiri.”

[Betul Ke Rita Rudaini Tak Benarkan Anak Jumpa Aidil Zafuan?]

rita-rudaini-dan-anak-aidil-zafuan

Tambahnya, dia turut menanggung nafkah kedua-dua anak hasil perkahwinan dengan Rita, iaitu Airit Rayyan Rizqi, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

“Saya turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Manusia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-duanya.”

Selain itu, Aidil mempertikaikan sumbangan Rita sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Sumbangan plaintif sepanjang tempoh perkahwinan tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon,” katanya.

Aidil turut mendedahkan bahawa Rita enggan pulang ke kampung halamannya dan melawat kedua ibu bapa mertua.

“Sepanjang tempoh perkahwinan, dia tidak pernah mengikut saya pulang ke rumah ibu bapa.”

Ujarnya lanjut, Rita mengenakan syarat andai ibu bapa Aidil ingin melawat anaknya maka mereka perlu datang ke rumah di Damansara.

Dia turut menyentuh isu pengurusan rumah tangga yang mana, Rita selalu menyerahkan urusan tersebut kepada pembantu rumah.

Dalam pada itu, kembar Aidil iaitu Zaquan Adha yang hadir sebagai saksi berkata, tuntutan bekas kakak iparnya itu melampau kerana kehidupan plaintif sederhana.

Prosiding ditangguh ke 25 Mei depan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Rita Rudaini Masih Tertanya Sebab Diceraikan

Tags: Aidil Zafuanbola sepakpelakonpemain bola sepakRita RudainiZaquan Adha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd