• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Selepas Siar Video Rompakan Di Instagram

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Virginia Beach (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki boleh dianggap sebagai penjenayah paling bodoh apabila dia ditangkap beberapa jam selepas memuat naik video dan gambarnya merompak sebuah bank di Instagram.

Dominyk Alfonseca, 23, memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia merompak sebuah bank di sini, minggu lalu.

Dia turut memuat naik nota untuk mengugut wang daripada kerani bank dan wang yang dirompaknya.

Alfonseca ditahan beberapa jam selepas rompakan berkenaan selepas polis mendapat maklumat daripada laman Instagram lelaki itu.

Lelaki itu yang ditemu bual sebuah stesen televisyen mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dia bersopan ketika melakukan jenayah itu.

“Saya masuk ke bank berkenaan dan bercakap dengan sopan sambil memberikan nota itu kepada juruwang.

“Saya tidak membawa senjata atau menggunakan kekerasan dan juruwang itu memberikan wang kepada saya.

“Rompakan membabitkan unsur paksaan atau ugutan tetapi saya tidak melakukan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, juruwang berkenaan terpaksa menyerahkan wang kepada Alfonseca kerana bimbang lelaki itu membawa senjata atau akan bertindak ganas.

Menurutnya, Alfonseca akan didakwa di mahkamah pada bulan depan atas tuduhan melakukan rompakan. – Agensi

Tags: instagramperompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

30/06/2023
0

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd