• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan TH Jual Semula Tanah TRX Tindakan Tepat

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan keputusan Tabung Haji (TH) mahu menjual semula tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu langkah tepat dan matang.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja dapat meredakan keresahan pendeposit, malah dapat mengakhiri perdebatan berhubung isu pembelian plot tanah seluas 0.66 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur bernilai RM188.5 juta itu terutama dalam kalangan pembangkang.

“Ia juga dapat melenyapkan sama sekali dakwaan segelintir pihak yang cuba menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit dengan menyebarkan dakyah-dakyah yang tidak benar berhubung pembelian tanah itu.

“Sehubungan itu saya meminta pendeposit tidak perlu bimbang … kerajaan telah memberi jaminan setiap simpanan dalam TH akan dibayar semula jika berlaku perkara tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Asas Jemaah Haji Daerah Bera, di Masjid Bera di sini, hari ini.

Katanya TH mempunyai beberapa anak syarikat untuk menguruskan perniagaan dan pelaburan seperti Tabung Haji Properties, TH Travels, TH Engineering, TH Plantations dengan dana yang tersendiri bagi menambahkan keuntungan yang akhirnya diagihkan kepada pendeposit.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya sengaja mengambil kesempatan berhubung isu itu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Semalam, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membeli tanah itu. – BERNAMA

Tags: 1MDBTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd