• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Nafi Wujud Kubur Etnik Rohingya Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak menemui sebarang kem penampungan atau kubur-kubur pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dalam kawasan Malaysia di sempadan Malaysia – Thailand.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim bagaimanapun mengakui Malaysia memang disasarkan sebagai negara destinasi bagi kes-kes penyeludupan migran menerusi Thailand selaku negara transit kegiatan tersebut.

Kata beliau, kegiatan penyeludupan migran termasuk PATI sudah lama berlarutan kerana melibatkan sindiket dari Malaysia dan Thailand serta dipengaruhi faktor muka bumi di sekitar sempadan yang memudahkan kegiatan sindiket-sindiket terbabit dilakukan.

“KDN ingin menjelaskan apa yang dapat dilihat dalam senario semasa di sempadan Malaysia– Thailand lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti jenayah penyeludupan migran berbanding dengan jenayah pemerdagangan orang.

“Ini kerana PATI termasuk etnik Rohingya sanggup bersekongkol dan membayar kepada sindiket jenayah untuk mereka diseludupkan masuk ke Malaysia melalui Thailand. PATI yang diseludupkan melakukan kegiatan ini di atas kerelaan mereka sendiri dan bukannya mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Namun, kata Alwi, KDN tidak menafikan PATI yang diseludupkan itu berkemungkinan juga untuk tujuan eksploitasi kerana status imigresen mereka yang boleh menjurus kepada jenayah pemerdagangan orang.

Menurutnya, Malaysia mempunyai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 bagi menghadapi dan menangani ancaman pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tersebut.

Justeru, katanya, agensi-agensi penguat kuasa terutamanya di sempadan daratan Malaysia dan negara jiran perlu mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menangani kedua jenayah itu yang berkaitan walaupun mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Dakwaan mengenai penampungan PATI di sempadan berikutan penemuan kubur dan kem penampungan PATI di dalam kawasan sempadan Thailand–Malaysia berdekatan dengan Wilayah Songhkla yang majoritinya berbangsa etnik Rohingya. – MYNEWSHUB.cc

Tags: KDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd