• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ: Rakyat Akan Terima GST Lepas Lihat Manfaatnya

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan menerima pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas melihat manfaatnya dan yakin kerajaan menggunakan hasil cukai itu dengan betul.

Ketika berucap pada majlis Dialog Meja Kupi di sini semalam, katanya tahap kemarahan rakyat juga akan reda jika kerajaan menunjukkan peruntukan tambahan hasil pelaksanaan GST.

“Apa yang rakyat ingin tahu ialah jika kerajaan mendapat hasil daripada GST, adakah (kerajaan) membelanjakannya dengan betul? Inilah yang rakyat mahu tahu.

“Jadi kerajaan perlu menunjukkan bahawa kita mesti menggunakan hasilnya sebagai contoh untuk membina sekolah, hospital dan jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah. Kita mesti menunjukkannya. Barulah saya rasa rakyat akan memahami cukai ini memberi manfaat,” kata beliau.

Khary menjawab soalan dari seorang daripada hadirin mengenai kerelevenan pelaksanaan GST kerana banyak isu berkaitan sistem percukaian itu telah dibangkitkan dalam media sosial.

Khairy berkata ia memerlukan masa untuk mendapat penerimaan sepenuhnya daripada seluruh rakyat terhadap pelaksanaan sistem cukai baharu negara yang diperkenalkan pada 1 April lepas.

“Kita tidak boleh mengharapkan bahawa apabila kita melaksanakan GST semua orang akan sokong, tiada siapa sokong apabila kita memperkenalkan cukai baharu itu tetapi selagi kita dapat membuktikan bahawa cukai itu digunakan dengan betul, rakyat akan menerimanya kemudian,” kata beliau.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Khairy, yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata Akta Hasutan perlu dilaksanakan secara adil dalam semua aspek supaya generasi muda dapat menerima akta tersebut.

“Jika kita mahu rakyat menerima undang-undang atau penerimaan Akta Hasutan menjadi lebih baik, kita perlu memastikan pelaksanaan akta tidak dilakukan secara terpilih,” katanya.

Menurutnya Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan sebagai pencegahan serta menghalang konflik agama dan kaum, termasuk sebarang percubaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Persekutuan kerana, “kami percaya bahawa perpaduan di peringkat Persekutuan adalah paling penting.”

Dialog Meja Kupi bertajuk ‘Selfie, Like and Tweet: The Rise of Social Media and the Birth of Neopolitics’ dianjurkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Dasar, Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Sabah dengan kerjasama Persatuan Pemerkasaan dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS) serta Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (Pimpin). – BERNAMA

https://youtu.be/an8V7j565fE

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd