• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal dan tiga anaknya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung dekat sini awal pagi tadi.

Sapiah Wan Chek, 46, berkata lima motosikal jirannya yang diparkir di bawah rumah pusaka peninggalan ibu bapanya turut musnah dalam kejadian 1.40 pagi itu.

Beliau berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada api ubat nyamuk yang kemudian menyambar fius elektrik dalam bilik tidur anak perempuannya.

“Anak saya terjaga dari tidur bila terasa bahang api dan dia cepat-cepatturun ke bawah. Masa itu saya belum tidur lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang bekerja di kilang kopi di Bayan Lepas berkata sebaik mereka sekeluarga keluar dari rumah, api telah menjulang tinggi sehingga turut menyambar pokok mempelam dan bumbung perhentian bas yang terletak di tepi rumah mereka.

Sapiah berkata kebakaran turut memusnahkan barangan persekolahan anaknya.

“Anak saya di Tingkatan 3 ada ujian PT3 bulan Jun ini, seorang lagi akan hadapi peperiksaan percubaan SPM pada hujung bulan Ogos. Habis terbakar rak buku dan meja belajar mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd Rohizat Yusof berkata rumah papan itu musnah 90 peratus dan yang tinggal hanya sedikit struktur pada bahagian batu bata.

Pihaknya sempat mengalih kereta Perodua Kancil mangsa yang terbakar kira-kira 30 peratus, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd