• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Menang Kerusi Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang kerusi kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi.

Beliau memperoleh 30,316 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.

Dua lagi calon iaitu Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Pengumuman rasmi keputusan dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail di pusat penjumlahan undi SPR di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara di sini malam ini.

Pada pilihan raya umum lepas, suami Dr Wan Azizah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima 37,090 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail (25,369 undi) dan calon Bebas Dr Abdullah Wan Zawawi (201 undi).

Sementara itu, Dr Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan pegawai SPR yang bertugas untuk memastikan PRK itu berjalan lancar.

“Isu yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang PRK ini akan ditangani segera.

Terima kasih kerana mengundi saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu.

Tambahnya, faktor cuti panjang di negeri ini turut membantu meningkatkan jumlah pengundi dalam menunaikan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, beliau berkata isu mengenai siapa yng akan mengisi kekosongan jawatan ketua pembangkang akan dibincangkan bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata berita kemenangannya itu akan disampaikan peguam Anwar kepada suaminya. – BERNAMA

Tags: PKRPRK Permatang Pauh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd