• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Ditangkap Dipercayai Terlibat Kes Samun

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis Miri berjaya menyelesaikan kes samun wang berjumlam RM478,619.30 milik sebuah pasar raya terkenal di sini dalam tempoh 48 jam berikut tertangkapnya empat suspek lelaki rakyat tempatan termasuk seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata koperal tersebut berumur 34 tahun ditangkap hari ini manakala tiga suspek lain berumur antara 53 dan 55 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab membawa wang milik pasar raya itu ditangkap lewat petang semalam.

“Kita telah berjaya selesai kes samun yang terbesar pernah berlaku di bandaraya Miri dalam tempoh 48 jam dan mendapatkan kembali wang tunai yang disamun berjumlah RM378,587 yang dirampas ketika tangkapan dibuat ke atas koperal itu” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Gan berkata koperal polis tersebut yang mempunyai seorang isteri sedang mengandung ditahan di kediamannya di Taman Tunku dan polis kini sedang dalam proses memohon tahanan reman manakala tiga suspek lain kini ditahan reman selama tujuh hari.

“Selain wang tunai turut dirampas enam keping resit pembelian perabot dan alatan rumah dianggarkan bernilai lebih RM13,000, telefon bimbit dan topi keledar,” katanya sambil menambah polis kini sedang menyiasat peranan dimainkan oleh anggota PGA tersebut.

Gan berkata polis kini sedang menyiasat kes itu dari segala sudut dengan kemungkinan ada suspek-suspek lain terlibat dan bebas.

“Buat masa ini kita tidak dapat mengesahkan sama ada koperal tersebut bertindak sebagai dalang utama ked samun ini, siasatan masih berjalan,” katanya.

Dalam kejadian berlaku pada pukul 11.55 pagi Selasa lepas, dua perompak bersenjata telah menyamun seorang pengawal keselamatan yang sedang membawa wang hasil keuntungan sebuah pasar raya.

Semasa kejadian mangsa iaitu pengawal keselamatan sedang berjalan kaki ke arah van keselamatan membawa wang berkenaan dan secara tiba-tiba seorang suspek mengacukan dengan selaras senapang patah ke arah mangsa.

Mangsa cedera di telinga kiri dipukul menggunakan belakang senapang patah sebelum dua suspek berkenaan berjaya melarikan diri dengan membawa wang hasil samun itu menggunakan motosikal. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes samunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd