• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Petinju Terkuat Dunia Didakwa Di Mahkamah

oleh
10/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Nampaknya aksi tinju perlawanan ‘mega abad ini’ antara Flyod Mayweather Junior dengan Manny Pacquiao yang sudah pun berakhir di gelanggang bakal diteruskan lagi; tetapi kali ini pula di mahkamah.

Kes pertama melibatkan Pacquiao apabila dia serta pengurus dan pasukan promosinya berdepan dengan satu saman daripada dua orang penduduk Las Vegas, Nevada pada Rabu yang berjumlah AS$5 juta (RM18 juta).

Mereka menuduh pasukan Pacquiao mengetahui mengenai kecederaan di bahu petinju Filipina itu sebelum perlawanan berlangsung pada Ahad lalu menentang lawannya dari Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menang.

Baca: Pertembungan 2 Bintang Tinju: Mayweather Kalahkan Pacquiao

Namun pasukan Pacquiao, 36 tahun; didakwa tidak mendedahkan hal sebenar itu kepada Suruhanjaya Atletik Nevada sedangkan ia patut dilakukan di bawah peraturan sukan yang ditetapkan kerajaan negeri berkenaan.

Pacquiao juga didakwa merahsiakan masalah kecederaan itu sekali gus memperdaya peminat yang terus membeli tiket perlawanan, atau membuat langganan stesen televisyen berbayar selain sanggup membuat taruhan judi.

Selepas kecundang kepada Mayweather, 38 tahun; Pacquiao mendedahkan bahawa para doktor mengesahkan dia kononnya sihat untuk bertanding, namun dia tidak dibenarkan mengambil ubat tahan sakit sebelum perlawanan.

Kes kedua pula melibatkan Maywether apabila juara yang tidak pernah tewas sepanjang 48 pertarungan sepanjang kariernya akan berdepan tuntutan saman AS$20 juta (RM72 juta) daripada bekas kekasihnya, Josie Harris.

Wanita kepada tiga anak luar nikah Maywether itu mendakwa lelaki tersebut berbohong dalam satu wawancara dengan Katie Couric dari Yahoo! kononnya Josie dipengaruhi dadah ketika mereka bergaduh besar pada 2010.

Sebaliknya dia mendakwa Mayweather yang mula memukul dan menendangnya di rumahnya sendiri sebelum bertindak lebih ganas apabila menyeret dirinya di hadapan anak-anak mereka tanpa perasaan belas kasihan.

Ironi dalam temubual Yahoo! itu, Mayweather berulang kali menafikan pernah bertindak keras terhadap mantan teman wanitanya sebaliknya menuduh Josie sebagai pemabuk dan dipengaruhi dengan ubat-ubatan narkotik.

“Apakah saya pernah tendang dan pukul seseorang? Tidak pernah! Jika ada kata itu kekerasan rumah tangga, saya bersalah kerana cuba mengendalikan seseorang yang mabuk,” ujar Mayweather dalam sesi wawancara tersebut.

Josie memfailkan tuntutan di sebuah mahkamah Los Angeles, California kelmarin dan dalam afidavit saman itu, dia menyatakan terpaksa menjalani rawatan di hospital termasuk jahitan di muka serta cedera di kepala. – Agensi/H.A.AMREE

 

Tags: mahkamahMayweatherperlawananSukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd