• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Jadi Presiden Baharu KTMB

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pelan Hala Tuju Industri Sokongan Keretapi Malaysia 2030, Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tuan dilantik sebagai Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang baharu.

KTMB dalam satu kenyataan media memberitahu, pelantikan Sarbini yang juga bekas kakitangan KTMB berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.

“Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 1981, beliau merupakan Pegawai Trafik KTMB sebelum dilantik sebagai Pengurus Kanan dan pada tahun 1994 dilantik sebagai pengurus besar pada usia 37 tahun.

“Beliau pernah memegang jawatan Pengurus Besar dalam pelbagai jabatan antaranya Jabatan Operasi, Kejuruteraan Fleet, KTM Distribution, Tugas-Tugas Khas Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran serta KTM Intercity,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Sarbini kemudian dilantik sebagai pegawai yang dipinjamkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bermula 4 Januari 2010 sebelum dilantik sebagai Penasihat Presiden KTMB pada 7 Julai 2010.

Kata kenyataan itu, Sarbini sekali lagi memegang jawatan Pengurus Besar Operasi KTMB pada Ogos 2010 dan sebelum bersara pada 19 Mei 2013, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Naib Presiden Kanan Operasi dan Perniagaan pada 1 Jun 2012 selama 11 bulan. – mynewshub.cc

Tags: KTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd