• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nur Fitri Kena Kahwin” – Pemuda PAS Kelantan

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan menyokong supaya pelajar Malaysia Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, yang ditangkap kerana memiliki lebih daripada 30,000 gambar serta lebih seribu video porno kanak-kanak di London diberi peluang kedua untuk menyambung pelajarannya.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jalan terbaik untuk Nur Fitri diberi peluang kedua tersebut adalah dengan pulang ke Malaysia dan diberi tempat untuk meneruskan pengajian di mana-mana universiti dalam negara.

“Saya yakin beliau masih mempunyai masa depan yang cerah. Tidak mustahil beliau boleh mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam pengajiannya di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, Nur Fitri yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di London didakwa mengalami penyakit pedofilia iaitu keinginan seks terhadap kanak-kanak.

Menurutnya, ia merupakan salah satu ketegori gangguan psikiatri melibatkan orientasi seksual yang mana melibatkan rangsangan erotik, fantasi dan tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Kata beliau, Islam mempunyai pendekatan sendiri di dalam menangani gejala iaitu bernikah kepada yang sudah berkemampuan untuk menghalang kepada perkara mungkar seperti itu.

Bagaimanapun, katanya, banyak ibu bapa yang gemar melarang anak-anak mereka melangsungkan perkahwinan sewaktu masih belajar dengan dengan alasan bimbang fokus terhadap pelajaran akan terganggu.

Malah, dakwanya, menjadi amalan dalam kalangan agensi-agensi yang menawarkan biasiswa untuk mengenakan syarat agar penerima biasiswa dilarang daripada melangsungkan perkahwinan ketika belajar.

“Mana-mana penerima biasiswa yang melanggar syarat ini boleh ditarik balik biasiswa yang diterima serta merta. Ini adalah satu peraturan yang sangat tidak adil terhadap fitrah manusiawi khususnya di era langit terbuka pada hari ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Nur Fitri dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis.

Menurut laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri telah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak

Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah yang sama.

Nur Fitri yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu.

Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.

Polis telah bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba milik Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.

Turur dilaporkan portal tersebut, Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan dari hukuman penjara. – mynewshub.cc

Tags: PASpedofil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd