• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Muar Rampas Aksesori Telefon Bimbit Tiruan Bernilai RM48,000

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Muar merampas pelbagai jenis aksesori telefon bimbit tiruan berjenama terkenal di dua premis di sini membabitkan nilai rampasan sebanyak RM48,000.

Ketua Cawangannya, Nor Azmi Lamisza berkata kira-kira 1.10 tengah hari Selasa lepas, dua pasukan anggota kementerian itu membuat serbuan di dua premis yang terletak di Jalan Daud di sini.

“Di premis pertama pihak kami menyita sebanyak 630 unit pelbagai jenis aksesori telefon bimbit berjenama Samsung yang disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM28,000.

“Pemeriksaan di premis kedua pula kami menyita sebanyak 450 aksesori yang sama dan barangan itu dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Nor Azmi berkata pihaknya juga menahan dua lelaki rakyat tempatan berumur 30-an yang mengaku sebagai penjaga premis untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda bagi bukan syarikat tidak melebihi RM10,000 bagi setiap unit barang yang disita atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Jika syarikat hukuman denda adalah RM15,000 bagi setiap unit barang yang disita,” katanya.

Nor Azmi berkata sejak Januari hingga April ini, KPDNKK Muar menghasilkan sebanyak 58 kes yang nilai rampasannya sebanyak RM56,480 dengan jumlah kutipan kompaun sebanyak RM8,900.

Katanya sepanjang tahun lalu pula sebanyak 102 kes direkodkan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM124,070 dan kompaun sebanyak RM12,700.

Sementara itu bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, sebanyak 21 notis dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki menaikkan kadar keuntungan dan daripada jumlah itu, 15 kes kini dalam peringkat siasatan.

“Aduan berkaitan pencatutan dan GST, KPDNKK Muar telah menerima sebanyak 112 aduan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKtelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd