• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Makmal Dadah, Rampas Dadah Bernilai RM940,000

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM940,000 dalam dua serbuan di Jalan Burmah dan Jalan Masjid Negeri semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata polis terlebih dahulu menahan empat orang terdiri daripada dua lelaki tempatan serta seorang wanita masing-masing rakyat China dan Vietnam di sebuah pangsapuri di Jalan Masjid Negeri pada pukul 4.30 petang.

Beliau berkata dalam serbuan pertama itu pelbagai jenis dadah dirampas antaranya 481.8 gram ketamin; 170 biji pil Erimin 5; 2,458.2 gram serbuk putih dipercayai dadah; 33.8 gram serbuk ecstasy; 3.7 gram ganja; dan 2.5 gram heroin.

“Susulan penahanan empat suspek itu polis menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Jalan Burmah pada pukul 7.30 malam dan menahan seorang lagi lelaki berusia 37 tahun.

“Lelaki beralamat di Padang Besar, Perlis itu mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan disyaki menjadi dalang kegiatan haram itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Thaiveegan berkata dalam serbuan kedua itu polis merampas pelbagai alatan menghasilkan dadah seperti ketuhar pembakar, alat penimbang, alu lesung, tukul, pengering rambut, mesin pengisar dan pengadun.

“Sebahagian besar dadah yang telah siap diproses turut dijumpai di dalam rumah itu antaranya 6,100 gram serbuk ecstasy; 2,760 gram serbuk dadah berwarna putih dan 370 biji pil ecstasy,” katanya.

Beliau berkata sindiket pengedaran dadah itu dipercayai telah beroperasi dalam tempoh enam bulan hingga setahun dengan urus niaga dilakukan menerusi pemindahan wang di akaun bank.

“Tiada wang tunai dijumpai justeru kami akan menyiasat akaun-akaun bank suspek bagi mengesan rekod transaksi kewangan mereka,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu turut mempunyai beberapa jenama ciptaan sendiri yang dicap pada pil dan bungkusan dadah yang dijual mengikut cita rasa dan kehendak pelanggan.

“Ia dibuat mengikut tempahan dan untuk pasaran Pulau Pinang serta negeri-negeri sekitar dan polis sedang menyiasat sama ada masih ada saki baki anggota kumpulan yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia antara 27 dan 36 tahun itu direman hingga 11 Mei ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd