• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa MH17 Saman Kerajaan Ukraine

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine merancang untuk mengemukakan saman terhadap kerajaan Ukraine dan Presiden negara itu kerana cuai dengan tidak menutup ruang udara di wilayah bergolak di negara berkenaan, kata seorang peguam semalam.

Elmar Giemulla yang merupakan seorang peguam dan profesor undang-undang penerbangan mewakili tiga keluarga dari Jerman bagi memfailkan saman di Mahkamah Eropah untuk Hak Asasi Manusia di Strasbourg, Jerman.

Giemulla dalam satu kenyataan memberitahu bahawa setiap negara bertanggungjawab dengan keselamatan ruang udara masing-masing.

“Dengan membuka ruang udara untuk penerbangan dari negara luar, negara itu mesti memastikan keselamatan penerbangan tersebut.

“Sekiranya mereka merasakan ia mustahil dilakukan (memastikan keselamatan), mereka mesti menutup ruang udara berkenaan,” katanya.

Pesawat milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu meletup di udara dipercayai akibat ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara pada 17 Julai lalu menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal maut.

Seramai empat penumpang pesawat berkenaan adalah warga Jerman.

Laporan awal yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat dari Belanda dilihat menyokong dakwaan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu antipesawat.

Kata Giemulla, saman terhadap Kiev dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko atas kecuaian sehingga menyebabkan 298 kematian akan difailkan dalam tempoh dua minggu lagi dan menuntut pampasan sekurang-kurangnya AS$1.3 juta (RM4.2 juta) untuk setiap mangsa.

Tambahnya, tindakan undang-undang itu tidak diambil terhadap Rusia kerana bukti masih belum mencukupi tetapi tidak menolak akan turut menyaman Moscow kelak. – AFP

 

Tags: MH17saman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd