• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kekal Di Rompin Dengan Majoriti 8,895 Undi

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini dengan majoriti 8,895 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin, 62, mendapat 23,796 undi atau 61 peratus berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang mendapat 14,901 undi atau 39 peratus.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Mei 2013, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Jamaluddin mendapat 30,040 undi atau 66.53 peratus berbanding Nuridah yang mendapat 14,926 undi atau 33.06 peratus.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, malam ini.

Fadzilla berkata terdapat 591 kertas undi rosak pada pengundian hari ini.

Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini adalah 74 peratus daripada 53,294 pengundi berdaftar pada kali ini, 11 peratus lebih rendah daripada jumlah keluar mengundi pada PRU13, 46,035 atau 85.89 peratus.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.- BERNAMA

Tags: BNPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd