• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Suprise..!” Siti Nurhaliza Tunai Permintaan Adik Amira

oleh AK-47
06/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMINTAAN salah seorang anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duke, Nur Firuza Amira,7, yang ingin bertemu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, tertunai.

Hari ini, Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa telah membuat kejutan dengan berkunjung ke kediaman keluarga mereka bagi memberi secebis keceriaan dan harapan kepada dua beradik ini.

“Suprise Amira..! ” ujar Siti ketika buat pertama kalinya bertemu dengan Amira.

Difahamkan Datuk Siti sememangnya ingin bertemu dengan kedua beradik tersebut susulan insiden yang menimpa keluarga tersebut, lebih-lebih lagi selepas melihat rakaman video viral yang menunjukkan permintaan adik Amira yang menyatakan keinginan bertemu dengan beliau.

senyum lebor

7

“Setelah mengetahui tentang berita kemalangan tersebut, memang saya ingin bertemu dengan dua beradik ini. Malah, ribuan peminat saya telah meletakkan ‘tag’ pada Instagram bersama pautan kepada video itu,” ujar Siti.

Siti mengakui bahawa jiwanya amat tersentuh apabila bertemu Amira dan Aqila, namun beliau cuba menyembunyikan perasaannya.

“Saya tidak mahu menangis di depan mereka. Mereka telah lalui dugaan berat ini yang kita terima sebagai suratan takdir. Namun kita harapkan mereka tabah dan dapat menempuh hari-hari mendatang dengan lebih baik,” ujar beliau dengan nada yang sebak.

Penyanyi itu turut menafikan sebuah laporan blog yang menyatakan bahawa beliau berminat mengambil Amira sebagai anak angkat.

“Itu tidak benar. Perkara ini baru berlaku dan kita harus menghormati perasaan keluarga terdekatnya. Amira tetap akan bersama keluarga dan saudara-maranya.

9

“Saya bersama suami, Insya Allah akan memfokuskan dari segi pembelajaran kepada kedua beradik ini, melalui Yayasan NurJiwa.” jelas beliau.

Dalam kunjungan itu, Siti dan suami meluangkan masa hampir sejam bersama keluarga mangsa.

Amira dilihat amat mesra duduk di pangkuan Siti sepanjang pertemuan itu.

Dalam pertemuan itu juga, beliau telah menceriakan kedua-dua beradik tersebut dengan pemberian hadiah berupa persalinan pakaian, permainan dan anak patung.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=VNdz8H83kQo

Hanya Allah SWT yg mengetahui perasaan saya ketika ini..air mata saya cuba saya tahan supaya adik amira terus tersenyum..saya taknak menangis di hadapannya..

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on May 5, 2015 at 2:11am PDT

Tags: Lebuhraya DukeMyvi Familia Clubsiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd