SUSULAN kemarahan netizen terhadap kelab dan individu yang menyebabkan tiga sekeluarga termasuk bayi berusia enam bulan terkorban, beberapa laman fan page Facebook telah diwujudkan bagi mengecam perlakuan individu terbabit yang merupakan ahli kelab Familia Myvi Club (FMC).
Salah seorang ahli FMC yang paling mendapat perhatian adalah individu bernama Yana yang sebelum ini tampil mempertahankan rakan mereka yang terlibat dalam nahas berkenaan.
Antara laman yang diwujudkan adalah Familia MurderMyvi Club – FMC, Yana Familia Myvi Club Fans, Belia Benci Yana Familia Myvi Club dan page parodi Familia Myvi Official.
Hasil semakan kami di Facebook, menunjukkan ribuan ‘Like’ telah dicatatkan oleh fan page berkenaan.
Laman berkenaan dilihat bertujuan mengumpulkan beberapa maklumat antaranya enam individu FMC yang ‘diburu’ selain bagi mengetahui perkembangan kes berkenaan secara terperinci.
Namun, kebanyakan pengguna seakan tidak mengecam bahawa ‘page segera’ yang dibangunkan ini adalah sekadar parodi.
Fan page Yana Familia Myvi Club Fans dilihat paling teruk dikecam oleh netizen apabila ada yang menyangka page tersebut dihasilkan oleh individu bernama Yana itu sendiri.
Terdahulu, Yana yang merupakan ahli FMC telah tampil mempertahankan rakan mereka dengan mengatakan nahas itu tidak berpunca daripada aktiviti lumba haram.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw
https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA




