• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawat Anak Mangsa, Beto Khusyairy Kongsi Perasaan Di FB

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN terhadap anak-anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke Sabtu lalu, aktor Beto Kusyairy hadir melawat mereka.

Berkongsi pengalaman bertemu kedua-dua kanak-kanak perempuan itu, Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Aqila,4, Beto meluahkan rasa pilunya dek cabaran yang terpaksa dilalui mereka di usia muda.

[BACA: Wakil Kelab MyVi Lawat Anak Arwah, Sokong Pesalah Dihukum]

Tulisnya di ruangan status di laman Facebook peribadi, “Kita sedia maklum tentang nahas Duke yang telah mengorbankan kedua ibubapa serta adik bongsunya.

“Yatim piatu sekelip mata. Dari keangkuhan yang membawa kepada penderitaan. Derita kehilangan secara sekaligus serta perit kerinduan yang tak sepatutnya ditanggung oleh anak ini.

“Benar ianya telah tertulis. Namun tak tercapai dek akalku untuk dibayangkan kerinduan & kehilangan yang terpaksa ditempuhnya secara tiba-tiba.”

Sumber dari laman Facebook Beto Kusyairy
Sumber dari laman Facebook Beto Kusyairy

“Tak sanggup untuk aku memintanya untuk tabah. Tidak juga aku mampu untuk menyuruhnya supaya ‘be strong’ kerana dia cuma anak kecil yang tak sepatutnya untuk dia menjadi kuat di usia ini.

“Aku hanya mampu ‘be there’ & kongsi pilunya walau secubit. Dan secubit itu pun sudah cukup menghirisku pilu apatah lagi buat simanis ini.”

Sementara itu, pelakon utama filem Istanbul Aku Datang tersebut turut memohon pihak luar membantu kedua-dua anak kecil ini dari segi kewangan.

“Mari kita sesama bantu. Sebarkan kasih sayang. Mari kita cuba sinari masa depan Amira & adiknya Aqila setakat mana yang kita mampu.

“Amira & Aqila kini di bawah amanah Faiz yakni adik kepada Allahyarham Fairuz.”

Buat masyarakat di luar yang berkeinginan untuk menyalurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian di akaun Maybank 16479919 0478 (Muhammad Faizznur).

Sama-samalah kita membantu nasib anak-anak yatim piatu ini semampu mungkin.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Rakaman Sayu Tangisan Anak Mangsa Kemalangan Maut

https://www.youtube.com/watch?v=sYhT4cRtccc

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA

Tags: kemalangan mautmeninggal duniaMyvi Familia Clubpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd