• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Penubuhan J/kuasa Kabinet GST Perlu Dilaksana Segera

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Cadangan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan segera, bagi memastikan sebarang isu yang timbul berkenaan GST dapat ditangani segera, tanpa dipolemikkan sesetengah pihak.

Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Ram Al Jaffri Saad berkata jawatankuasa itu amat perlu dan bersesuaian, memandangkan rakyat sekarang masih dalam proses penyesuaian diri terhadap pelaksanaan GST.

Justeru, jawatankuasa tersebut juga katanya perlu memastikan tindakan proaktif dilakukan antara agensi dan jabatan, koordinasi berkesan jabatan dan agensi, serta maklum balas dan tindakan yang cepat tanpa menunggu aduan, jelasnya.

Baru-baru ini, Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim mencadangkan penubuhan jawatankuasa bagi memastikan koordinasi antara pelaksanaan dan penguatkuasaan GST antara kementerian dan agensi secara bersepadu dapat digerakkan.

Beliau memberi contoh dalam isu kad prabayar baru-baru ini, yang katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak boleh dipersalahkan 100 peratus, sebaliknya seharusnya kedua-dua pihak lebih banyak berkomunikasi dan bekerjasama.

“Dalam tempoh satu tahun ini, syarikat telco (telekomunikasi) seharusnya berjumpa dan berbincang dengan Kastam untuk memahamkan JKDM mengenai cara pengoperasian mereka di dalam industri telco ini,” kata Ram Al Jaffri kepada Bernama hari ini.

Pada 29 April lalu, JKDM meminta semua pembekal perkhidmatan mengekalkan harga asal kad prabayar mereka berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai), berkuat kuasa 1 Mei.

Pada hari yang sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam kenyataan pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Tidak lama selepas itu, JKDM membuat kenyataan menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar itu. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd