• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Duke: Laporan Polis Pemandu Myvi & Saksi Kontra Abis!

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kemalangan maut yang menimpa tiga beranak, tiga salinan laporan polis telah tersebar di laman sosial Facebook dan menjadi perbualan panas di kalangan netizen.

Dua salinan laporan polis yang tersebar itu, telah dibuat oleh ahli Familia MyVi Club (FMC) yang terlibat dalam pelanggaran dengan kereta mangsa manakala satu lagi dibuat oleh saksi kejadian.

[BACA: Ahli Kelab MyVi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba]

Dalam laporan yang dibuat kedua-dua pemandu MyVi, mereka didapati memberi gambaran bahawa kemalangan berlaku apabila kenderaan Pajero yang dinaiki tiga beranak itu masuk ke laluan kenderaan mereka sekaligus menjadi punca kemalangan berlaku.

Senang cakap, mereka menuding jari kepada mangsa yang sudah maut sebagai punca kemalangan sekaligus menafikan bahawa mereka sedang berlumba sebelum insiden berlaku. Nah, anda bacalah sendiri laporan yang dibuat…

11204426_827041980678353_6417306682444553688_n

Memetik laporan tersebut, “Saya merasakan sebuah m/kar jenis Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan, akibat dari itu, kenderaan saya telah terbabas dan kenderaan saya hilang kawalan.

11174920_997846953583270_6405809221886846527_n
Wajah Siti Nor Aini yang didakwa sebagai pemilik kenderaan Perodua MyVi berwarna kuning dan individu yang membuat laporan di atas.

“Selepas itu saya sedar saya berada di atas jalan, saya mengalami kecederaan mulut koyak, peha kanan, tangan kiri. Saya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur..”

Di bawah pula, laporan polis yang dibuat oleh pemandu Myvi Putih yang telah merempuh Pajero Sport hingga terbalik dan mengorbankan mangsa sekeluarga ketika kejadian.

11078271_949899585041386_1876014539313301211_o (1)

Ujarnya seperti tertera dalam laporan, “Semasa m/kar nombor WYU4430 berlanggar dengan m/kar nombor W5192F dan m/kar WYU4430 terbabas ke kiri melanggar dan naik atas divider kiri. 

“Saya tidak sempat brek lalu terlanggar di bahagian bawah m/kar nombor WYU 4430 lalu m/kar tersebut terbalik beberapa kali.”

[BACA: Wakil Kelab MyVi Ada Banyak Saman, Dakwa Kenal ‘Orang Dalam’]

Walau bagaimanapun, laporan saksi menunjukkan terdapat perbezaan dengan kenyataan dalam dua laporan yang dibuat oleh pemandu Myvi. Haa.. apa cerita?

Menurut individu yang turut menggunakan lebuh raya sama ketika kejadian, dia melihat beberapa buah kenderaan jenis Perodua MyVi sedang berlumba dan melintasinya sebelum kejadian.

11201616_827041977345020_6223553196717795399_n

“…Sebelum sampai di tempat kejadian kemalangan lagi, dari awal lagi ada beberapa m’kar no tak pasti jenis Perodua MyVi pelbagai warga terdiri dari MyVi Familia Club dpercayai berlumba antara satu sama lain ada di antara m/kar tersebut cuba mencucuk cucuk bahagian belakang m/kar saya untuk melepaskan diri untuk berlumba dan saya takut dan tetap memandu di lane tengah dan m/kar tersebut berjaya melepasi m/kar saya terus ke hadapan.

“Dalam jarak masa beberapa saat sahaja saya lihat m/4×4 nombor WHY 4430 berada di hadapan m/kar saya telah terlibat dalam kemalangan sebuah m/kar no tak pasti jenis Perodua MyVi warna kuning yang berlumba tadi berada di fast lane dan hilang kawalan terbabas lalu melanggar bahagian kanan depan m/4×4 yang berada di kiri m/karnya.

“M/4X4 tersebut mula hilang kawalan dan masuk ke lane kiri disebabkan hentakkan kuat, lalu dilanggar di bahagian sisi kiri pula oleh sebuah m/kar no tak pasti jenis perodua MyVi warna putih yang berada di lane kiri waktu itu berlumba juga.”

Sudah terang lagi bersuluh, laporan daripada kedua-dua pihak amatlah bertentangan. Tapi kenyataan manakah yang benar, dan yang mana pula palsu?

Bagai nasib telur di hujung tanduk, ramai pihak kini menuding jari kepada pemandu Myvi yang dikatakan menjadi punca kemalangan, sementelah banyak bukti menunjukkan sememangnya mereka sedang berlumba sebelum insiden kecelakaan tersebut terjadi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Rakaman Video Kemalangan Maut Membabitkan 3 Beranak

Tags: kemalangan mautmeninggal duniaMyvi Familia Club
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd