• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bertumbuk Kerana Salah Faham Lubang Sampah

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JENGKA – Salah faham lubang sampah ditimbus tidak sengaja, menyebabkan dua warga emas yang berjiran di sebuah tanah rancangan Felda Jengka dekat sini bertumbuk sesama sendiri.

Salah seorang daripada mereka, terpaksa menerima rawatan selama dua hari di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh akibat cedera di bahagian dada dan muka.

Dia dipercayai diserang dari arah belakang menggunakan senjata tajam oleh jirannya ketika berada di atas motosikal, kira-kira jam 7.30 pagi pada hari kejadian.

Kedua-dua mereka dikatakan bergelut dan saling membalas serangan sebelum mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa dibawa ke HoSHAS oleh anaknya kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pekan Awah.

Sementara jiran berkenaan cedera di bahagian hidung.

Terdahulu, mangsa difahamkan tidak sengaja menimbus sebuah lubang sampah milik jiran sehingga menyebabkan jirannya itu naik berang.

Selepas dua hari di HoSHAS, mangsa membuat laporan di balai polis sama kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Namun tiga jam kemudian, mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran bagi menarik semula laporan tersebut atas alasan masalah kesihatan.

Perselisihan faham kedua-dua peneroka itu mendapat perhatian pengurusan tanah rancangan Felda berkenaan yang menasihati agar ianya diselesaikan secara baik memandangkan mereka tinggal berjiran selain faktor usia.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua jiran itu berjaya diselesaikan secara baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Sinar Harian Online

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd