• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T-Team Kekal Di Persada Liga Perdana

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wakil kelab Terengganu, T-Team terus mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana selepas melakar kemenangan 5-0 ke atas Kuantan FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Kemenangan ketujuh berturut-turut itu membolehkan skuad ‘The Titans’ terus unggul di puncak liga dengan kutipan 23 mata selepas 10 perlawanan.

Lima gol T-Team dijaringkan oleh Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit ke-42, Mohd Norhakim Hassan (ke-55), Sadriddin Abdullaev (ke-62), Muhammad Safawi Rasid (ke-79) dan Azrul Hazran Amiluddin Baki pada minit ke-90.

Kedah terus merapatkan kedudukan dengan T-Team selepas menang tipis 2-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Skuad Helang Merah, bagaimanapun terpaksa menunggu pada minit ke-54 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi pemain gantian, Ahmad Shakir Mohd Ali sebelum pemain import baharu dari Brazil, Sandro Da Silva menggandakan kedudukan pada minit ke-67.

Pasukan DRB Hicom FC berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi Mohd Fakhrullah Rosli pada minit ke-88.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu, pasukan Sabah melakar kejutan dengan mengalahkan skuad tuan rumah, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 4-2.

Skuad Harimau Selatan bermula cemerlang apabila menjaringkan dua gol menerusi Nicolas Delmonte pada minit ketujuh sebelum Shafiq Shaharuddin menggandakan kedudukan pada minit ke-21.

Pasukan Sabah, bagaimanapun bangkit dengan meledak empat gol, masing-masing menerusi Abdoulaye Diagne Faye pada minit ke-35, El Hadji Diouf (ke-80) serta dua jaringan daripada Joel Joseph Chianese pada minit ke-83 dan 90.

Pulau Pinang pula kembali meraih kemenangan setelah menundukkan UiTM FC 3-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Tiga gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan oleh Lee Gil Hoon menerusi sepakan penalti pada minit ke-39, serta dua gol sumbangan penyerang import dari Brazil, Hilton Mauro Moreira pada minit ke-80 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, pasukan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini, kalah mengejut 0-1 kepada Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal Modibo Kunte pada minit ke-57.

Dua pasukan kelab iaitu PKNS FC dan SPA Putrajaya FC berkongsi satu mata setelah seri tanpa jaringan pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. – BERNAMA

Tags: T-Team
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

T-Team Kekal Dalam Liga Super Musim Depan

29/10/2017
0

KUCHING - Tiada yang lebih menggembirakan jurulatih T-Team Rachmat Darmawan selain bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal...

Piala Malaysia: T-Team Bangkit Dari Kekalahan Bertimpa

02/08/2017
0

KUALA TERENGGANU – Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam kempen Piala Malaysia, pasukan T-Team bangkit menebus kekecewaan itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd