• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera Puteri UMNO Giat Gempur PRK Permatang Pauh, Rompin

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Gerak kerja Pergerakan Puteri UMNO kini sedang giat membantu jentera Barisan Nasional (BN) menggempur kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan Rompin, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata gerak kerja jentera Puteri UMNO berjalan lancar dan semakin aktif menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang proses berkempen bagi meraih undi selain menerangkan pelbagai isu semasa dan terkini.

“Aktiviti kami berjalan dengan baik dan menghidupkan setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan mereka mempunyai inisiatif sendiri mengedar bahan kempen.

“Kita juga turunkan dua buah lori di setiap PRK…walaupun tidak buat ceramah besar-besaran namun program ‘adhoc’ boleh dilaksanakan dengan lori-lori ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan peruntukan kepada 47 sekolah di Parlimen Masjid Tanah di sini.

Sebanyak 38 sekolah rendah menerima peruntukan sebanyak RM1,000 manakala sembilan sekolah menengah menerima peruntukan RM1,500.

Mengulas lanjut Mas Ermieyati berkata gerak kerja bukan sahaja tertumpu kepada pengundi muda, malah jentera turut tertumpu kepada pengundi veteran selain terlibat dalam pengendalian sistem teknologi maklumat (IT) dan pusat panggilan.

Beliau juga meminta pengundi agar berfikir secara matang dan membuat pilihan bijak dalam PRK kali ini serta memilih BN bagi menggantikan PKR yang suka memainkan perasaan rakyat di Permatang Pauh.

“Walaupun didatangi dengan pelbagai isu terutamanya isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), saya yakin jentera penerangan sedang melipatgandakan usaha untuk bertemu rakyat dan menerangkan isu terkini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 7 Mei sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh dan 5 Mei bagi pengundian di Parlimen Rompin. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang PauhPRK RompinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd